Thursday, December 2, 2021

PENTINGKAH NAFKAH UNTUK DIBERIKAN KEPADA SEORANG YANG BERGELAR ISTERI?

APAKAH ITU NAFKAH? APA YANG DIMAKSUDAN DENGAN NAFKAH?





Assalamualaikum, hari ni aku tergerak hati nak share sikit pasal nafkah memandangkan lately ni terlampau ramai orang bercerai berai akibat lelaki yang bergelar suami jenis yang tak bertanggungjawab dan memandang enteng benda-benda macam ni.

Aku bukan apa aku rasa sekarang terlampau ramai kaum hawa yang ditindas bukti nya? macam aku cakap tadi bercerai berai , diorang ramai yang menguruskan anak sendiri without bantuan dari suami. No wonder ramai gila perempuan bekerjaya yang tak kahwin-kahwin sampai sekarang, you know why? sebab bagi diorang, they have money so why must we married just to make it complicated and having a toxic relationship.(Not all men).

To all men out there please please and please , take it seriously. Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah ditetapkan oleh islam.

Ini jelas berdasarkan kata-kata Allah :

"kaum lelaki itu adalah (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), kerana mereka (lelaki ) menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Surah An Nisa, ayat 24"

credit : baitulmuslim.com

APA JADI KALAU SUAMI ENGGAN MEMBERI NAFKAH?

Si isteri berhak mengambil duit suami tanpa pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja keluarga.

Hal ini dibenarkan oleh syarak. Sabda Rasulullah S.A.W  :

"Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluan kamu dengan cara yang makruf" (Hadis direkodkan oleh Imam Al Bukhari)

Malah si isteri juga sudah meringankan beban dosa suami di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

Nafkah ni berat sangat ye, bukan aku yang cakap tapi memang dah termaktub dalam al-quran lagi. Aku kesian tengok isteri-isteri yang bekerja keras nak bagi anak diorang makan minum ,persekolahan and yang paling sadis diorang sanggup korban kan waktu diorang untuk membesarkan anak. Sedangkan sang suami boleh lagi bergelak ketawa dengan kawan-kawan , bertanya tentang anak pun jauh sekali. Why must be like that? before you're married macam-macam you janji.

Serious talk aku yang belum kahwin ni pun aku trauma, aku takut . Sapalah aku untuk menindak kan takdir allah kalau dah sampai jodoh aku,aku tetap terima dengan hati yang terbuka. Cuma kalau boleh aku nak berhati-hati biar lambat asalkan aku dapat jodoh yang betul-betul tepat untuk aku. 












No comments:

Post a Comment

NIVEA BLACKBERRY SHINE

  NIVEA BLACKBERRY SHINE (LIPBALM) Rahsia bibir mungil macam bontot baby,hari ni MP nak cuci sawang dekat blog ni alang2 tu aku update lah s...