Assalamualaikum, hari ni 16 hb 11 2021. Memandangkan rakyat malaysia pun dah bebas nak rentas negeri so aku pun tak lepaskan peluang untuk pergi merentas negeri,memandangkan otak aku pun dah tepu duduk rumah almost 2 tahun. Nak balik pahang pun tak boleh, so bila PM umumkan boleh rentas aku lah yang paling excited.
tapi excited aku idok ler time tu terus pergi, aku malas nak berebut-rebut, so aku bagi orang lain dulu pergi bercuti lepas dalam seminggu dua aku tengok okay, baru aku gerak. hahahah
So tempat pilihan aku dekat je , aku tak suka tempat yang crowded so i decided to choose place that i can feel calm and relax. So aku pilih Teluk Senangin,Perak.
jarak antara rumah aku ke tempat dalam 85.61km ,86km(eh boleh ke macam tu,suka hati aku je genapkan dia).
So sepanjang perjalanan tu memang tersangat la tenang, sebab aku pergi waktu bekerja, memang takde orang langsung. Dekat highway pun boleh kira berapa biji kereta je yang lalu, hahah memang betul-betul tenang.
sepanjang perjalanan nak sampai ke teluk senangin jalan dia berbatu , sebab diorang tengah nak siapkan jalan. So korang kena bersabariah sikit lah. Bila dah start masuk ke kawasan teluk senangin jalan dah okay, sepanjang perjalanan masuk dia korang boleh lah fefeeling macam masuk ke kawasan hutan. Sekeliling pokok-pokok tu serious aku boleh cakap memang cantik gila.Yang jenis suka nature macam aku rasa tenang gila bila lalu situ.
Hampir nak sampai , tapi sebelum tu aku sempat nak gi jalan-jalan pergi lumut dulu. |
first impression aku bila sampai aku nak makan seafood even aku ada allergic, aku still nak makan gak bukan selalu aku samapai kesini.
Tapi semuanya hanya tinggal kenangan, kedai langsung tak bukak. yang ada 2 kedai baju satu kedai takoyaki. So aku decide makan jela takoyaki sebelum aku check in. Memandangkan perut aku time tu dah main lagu black metal, better aku isi kan dulu.
Aku check in pukul 12 so sepajang lepas check in mandi solat semua. Aku rest kejap pukul 5 aku start nak pergi cari makan petang.
Bila aku keluar dari chalet , aku ingat kedai ada lah yang bukak tapi lagi sekali aku hampa. Aku cuba sedapkan hati aku mungkin malam diorang buka. Oh ye, before aku lupa kalau nak keluar balik dari teluk senangin ni jauh ye anak-anak. And paling dekat manjung.
Jadinya aku jalan-jalan dekat tepi pantai,yang hidup segan mati tak mahu tu. Tak ramai sangat just nice je la,untuk orang introvet macam aku ni.
main entrance to teluk senangin |
Ni waktu pukul 5 petang ,panaih lit lit ye. Sapa rasa dia puteri lilin tok sah lah turun ke pantai waktu tu, memang cair laa.
tak ramai sangat. |
Mana yang makcik-makcik kebanyakan diorang cari remis dengan ibu remis yang dok menyorok dekat pasir .
Mana yang datang kebanyakkan bawak balik berplastik-plastik. Remis ni aku biasa makan,cuma ibu remis aku tak pernah lagi makan so aku tak tahu rasa dia apa. Ni pun antara yang famous dekat teluk senangin.
No comments:
Post a Comment