Apa itu cover letter?.....
Tips Penting Menulis Cover Letter
- Untuk Fresh graduate ,korang boleh cuba memulakan menulis cover letter dengan memperkenal kan diri korang dan dari institusi mana korang tamat pengajian.
- Jangan lupa maklumkan dari mana korang tahu mengenai jawatan yang dipohon.
- Elakkan mengulangi maklumat yang sedia ada di dalam resume ke dalam CL.
- Nyatakan bagaimana korang boleh bantu majikan bila dapat jawatan tu nanti (contoh dari segi kerja,komitmen bagi tahu je).
- Ni optional kalau sesuai korang nyatakan lah sikit-sikit pengalaman lepas (waktu praktikal dulu) dan kemahiran yang kau ada (waktu ni lah kau nak puji diri sendiri).
- PENTING! hal gaji jangan bincang dalam CL bincang bila kau jumpa dia nanti.
- Gunakan perkataan yang ringkas dan padat.
- Pastikan semak ejaan dan tatabahasa (paling penting jangan pakai shortform "sya nak mohon keja boye ke" kalau aku memang aku tendang terus kau"
- PENTING! jangan tulis maklumat palsu kau datang nak kerja bukan nak jadi spy.
Format Cover Letter
- Alamat dan butiran diri
- Alamat dan jawatan penerima (kepada bakal majikan)
- Tarikh hari ni.
- Panggilan yang betul contoh, Encik,Tuan,Puan,Cik.
- Tujuan surat dan termasuk butiran jawatan yang ditawarkan.
- Nyatakan sebab dan hasrat korang mohon jawatan ni.
- Nyatakan ciri-ciri yang anda boleh menyumbang kepada syarikat bakal majikan.
Contoh Cover Letter Aku Punya.
(Nama)
(Alamat rumah)
(H/P :)
(Email :)
Tuan/Puan.
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI PEREKA
GRAFIK/PELUKIS PELAN
Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan
dengan ............................................................... (nyatakan bidang/jawatan yang korang mohon) yang terdapat di syarikat tuan.
Saya yakin dengan kelayakan yang saya ada ini dapat memenuhi
syarat-syarat serta kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya
untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi
cemerlang dalam .............................................................(nyatakan bidang/jawatan yang korang mohon)
Disini saya sertakan bersama resume saya dan saya amat berbesar
hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Pihak tuan
boleh menghubungi saya di talian .................................. atau email di alamat email
.................................................. bagi tindakan lanjut.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya.
Kerjasama dan jasa daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulu dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian Terima Kasih
Yang benar,
…………………………………………
Aku harap dapat lah membantu korang sedikit sebanyak, doa aku semoga korang dapat pekerjaan yang korang nak insha allah. Semoga allah permudahkan urusan korang.
No comments:
Post a Comment