PELAKON DRAMA ONCE WE GET MARRIED....
BARISAN PELAKON DRAMA ONCE WE GET MARRIED (CHINESE DRAMA)
Assalamualaikum.💖
Sapa dekat sini peminat tegar drama cina? korea dan seangkatan dengannya angkat tangan. 🙋 MP memang minat gila drama-drama macam ni.
Baru-baru ni MP tengok chinese drama tajuk dia once we get married. Ya Allah sumpah lah tak duduk diam mulut ni asyik dok teriak je hahaha kalau jiran aku dengar mesti ingat aku dah kena histeria.
sweet bakkk hangggg....sapa yang tak tengok lagi,pergi lah tengok cepat nah. Pelakon-pelakon dia toksah habaq lah hensem nak mampuihhh.
Ni hero dengan heroin dia
Senarai Nama Barisan Pelakon Once We Get Married
- Uvin Wang sebagai Gu Xi Xi
- Wang Zi Qi sebagai Yin Shin Chen
Pelakon pembantu : - Evan Ma sebagai Zhao Ze Gang (Ex-Boyfriend Gu Xi Xi)
- Lan Yi sebagai Mo Zi Xin (kawan Gu Xi Xi waktu kecil)
- Zhong Li Li sebagai Ran Xi Wei
- Yang Yue sebagai Mu Ruo Na
- Li Jun Chen sebagai Shang Ke
- Chen Xun sebagai Chen Fei Ang (Assistant Yin Shin Chen)
- Chen Yi Xin sebagai Lin Xiao Ya
- Ma Rui sebagai (Ibu Gu Xi Xi)
- Hu Cai Hong sebagai (Ibu Yin Shin Chen)
- Ma Chen Yan sebagai (Yin Shin Chen waktu kecik)
Details
Drama : Once We Get Married
Negara : China
Episode : 24
Tarikh Ditayangkan : Oct 8,2021 - Nov 5,2021
Hari Tayangan : Setiap Jumaat dan Sabtu
Genres : Komedi , Romance , Drama
*boleh tengok dekat apps We Tv.
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Gu Xi Xi yang merupakan seorang wanita yang berkarier dalam bidang fashion dengan menjadi distributor peribadi untuk klien-klien dia.
Satu hari Gu Xi Xi ni dapat satu pesanan dari seorang klien secara atas talian dan memintanya untuk membelikan satu gaun pengantin yang diberi nama marry me dari designer terkenal Alex.
Gu Xi Xi yang tidak memiliki kad undangan itu cuba menyelinap masuk dengan mengunakan Ceo Yin Shin Chen sebagai pasangannya yang kebetulan datang juga ke acara itu.
Gu Xi Xi dan Yin Shin Chen datang ke majlis pelancaran itu dengan tujuan yang berbeza,Yin Shin Chen datang untuk membincangkan tentang ketertarikannya untuk bekerjasama antara dia dan juga Alex. Manakala Gu Xi Xi datang untuk membicara tentang gaun pengantin edisi terhad itu.
Pertemuan kedua antara Gu Xi Xi dan Yin Shin Chen telah mendapat kata sepakat dan Yin Shin Chen akan membantu Gu Xi Xi jika Gu Xi Xi bersetuju dengan syarat yang diberikan iaitu dengan berkahwin dengan nya.
Gu Xi Xi tiada pilihan dan bersetuju dengan rancangan Yin Shin Chen lama kelamaan perkahwinan yang hanya berdasarkan kontrak mula berubah bila dua-dua mula menyukai antara satu sama lain.
Nota kaki : Kalau korang nak tahu Drama ni beridiptasi dari novel china yang bertajuk Flash Marriage President's Contract Wife hasil karya daripada Nian Hua Fu Liu, proses shooting drama ni tamat pada awal tahun 2020 dan mula ditayangakan pada oct 2021.
No comments:
Post a Comment